Monday, October 18, 2010

Sajak kepada penyair

Apa kau tahu semua tentang
bicara yang terludah oleh lidah
dan kata-katamu sendiri
adalah ludah yang tak terjilat
oleh sesiapa pun
kecuali oleh fikir yang
tajam seperti kata-katamu

oleh yang demikian
aku mahu kalian
terus bermain ludahan
lidah dan tutur yang
dimengerti oleh sesiapa pun. Titik.

Apa Khabar Malaysia?

Salam 1Malaysia, apa khabar Malaysia?
Sihatkah politikmu?
Ekonomimu?
Rakyatmu?
Pemimpinmu?
Sukanmu?
Artis-artismu?
Tokoh-tokohmu?
Teknologimu?

Semoga baik-baik saja.

Orang

Ada orang dia suka diam, ada orang dia suka bising. Maksud aku mulut dia. Memanglah manusia ni diciptakan dengan perbezaan. Setiap orang lain perangai lain citarasa lain pendirian lain dan lai-lain lagi.

Jadi sebagai manusia, aku nak ajak aku dan siapa-siapa saja untuk terima orang lain. Maknanya kita kenalah hormat dengan cara orang lain. Jangan kita asyik rasa kita saja betul. Okey, ikutsukasukiakulah.. ha ha ha ha.